Kelas Coklat

2 orang setiap kelas
Setiap Rabu atau Sabtu (9 am to 3 pm).
RM 250 termasuk nota, bahan-bahan yang diguna, dan jamuan ringan..bayar masa kelas. (Anda akan membawa pulang min 50 biji coklat )
Syarat: Kepada sesiapa yg telah menempah kelas, anda PERLU RECONFIRM kedatangan seminggu sebelum kelas via email or sms, jika tidak slot tersebut akan diberi pada
orang lain


Alamat kelas:
Mas des Fontaine
Lot PT 10857, Jalan Sentosa 8
Taman Desa Sentosa, Teras Jernang
Bandar Baru Bangi


Mac 2010
Rabu (FULL)
24/3 : Azlina dan Seriyani
31/3: Nina dan Umie

Sabtu (FULL)
13/3: Nahzihah dan Nazimah
20/3: Norazliza dan Atikah
27/3: Haslina dan Norhaslinda

April -
FULL

May -
Slot yg masih kosong adalah hari Rabu 5, 19 dan 26 sahaja. Slot hari Sabtu telah penuh

June - Kelas ditutup sepanjang bulan June
Blog Widget by LinkWithin

Thursday, October 22, 2009

Coklat mana yang sedap???

Soalan yang agak kerap saya terima bila bercakap pasal coklat ialah coklat mana atau brand mana yang sedap? Kalau coklat praline sudah tentu coklat yang dibuat sendiri, fresh dan menepati cita rasa sendiri...tapi jika maksud soalaan itu berkaitan dengan coklat asas yang digunakan untuk membuat praline, jawapannya adalah kesedapan itu bergantung kepada beberapa faktor:
  1. Citarasa individu: jika seseorang itu suka makanan yang manis, besar kemungkinan orang ini lebih suka coklat susu dan coklat putih berbanding dengan coklat hitam seperti kebanyakan orang di Malaysia. Jika seseorang itu biasa makan coklat berjenama mahal dari luar negara besar kemungkinan orang ini akan lebih meminati coklat hitam dan coklat import seperti Callebaut dari Belgium atau Valhona dari Perancis.
  2. Kandungan bahan: coklat asas mengandungi hanya beberapa bahan sahaja tetapi ia boleh mempengaruhi rasa, kelikatan dan tektur sesuatu coklat yang akhirnya dikaitkan dengan istilah kesedapan coklat. Bahan-bahan itu adalah koko mass (untuk coklat hitam dan coklat susu sahaja), lemak, gula, susu (utk coklat susu & coklat putih) dan pembaur. Koko hanya boleh ditanam pada 20° utara dan selatan khatulistiwa, dan jenis koko yang terbaik adalah dari species Criollo, tetapi peratusan coklat yang dihasilkan daripada Criollo amat rendah; kebanyakan coklat dihasilkan dari koko species Forastero. Kualiti koko bergantung kepada suhu, kelembapan, kondisi tanah (berasid atau beralkali), teknik pertanian dan yang paling penting teknik memproses biji koko... pada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut boleh baca di link ini: http://en.wikipedia.org/wiki/Chocolate. Mentega koko adalah lemak yang menbezakan antara cokalt tulin dengan coklat compound. Dari segi standard hanya coklat yang mengandungi mentega koko saja boleh dianggap coklat. Mentega koko dari Malaysia adalah berkualiti tinggi dan menjadi pilihan untuk digunakan dalam industri coklat makan. Mentega koko yang dihasilkan dari koko yang ditanam dekat dengan khatulistiwa adalah lebih stabil pada suhu ~30°C berbanding dengan yang jauh dari khatulistiwa. Kualiti susu yang ditambah bergantung pada jenis coklat, kebiasaanny coklat couverture akan mengunakan susu penuh krim tetapi coklat compound akan mengunakan kombinasi susu dan whey untuk mengawal harga.
  3. Teknik memproses coklat: Salah satu langkah dalam proses membuat coklat couverture yang penting adalah process yang dipanggil conching. Pada peringkat ini semua bahan dalam coklat akan digelek seperti gambar dibawah ini selama beberapa jam (antara 3 hingga 96 jam) untuk memecahkan partikel-partikel bahan-bahan tersebut kepada saiz yang sangat kecil dan mengurangkan kandungan air dan asid dari coklat. Untuk menghasilkan coklat yang dianggap halus (smooth), saiz partikel mesti bawah dari 20 micron. Jika saiznya lebih dari 30 micron, lidah kita akan dapat mengesannya dan kita akan rasa coklat itu kasar.


Berbalik kepada soalan tadi..kerana citarasa seseorang itu berbeza, kita perlu rasa coklat-coklat yang ada dipasaran untuk tahu kita suka atau tidak, tidak hanya boleh tanya orang kerana lain orang lain citarasanya.....tapi kalau dah pandai buat coklat apa jenis sekalipun kita boleh guna....imported atau local, caranya sama saja..cuma rasanya mungkin berbeza (lepas ni kena tengok hargalah pula....kadang-kadang nilah yang akan mempengaruhi faktor membeli coklat)

0 comments: